Mengapa Ghani dan Johor BN-Umno mest di
tumbang
Pengkhianatan
Pemimpin Umno kepada Rakyat:
1.
Padan
tahun 1992, 32 juta ekar tanah rakyat di rampas Mentri Besar Johor ketika itu,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2.
Ghani
Othman bolot tanah seluas 22,500 ekar bersama Datuk Seri Najib Razak untuk
kayakan kroni.
3.
Johor
telah kehilangan Pulau Batu Puteh ekoran lemahnya persediaan Kerajaan dalam
mempertahankan Pulau Batu Puteh semasa perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa
(ICJ).
4.
Penyerahan
tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjung Pagar, Singapura. 217 hektar tanah
KTM di Singapura diserah kepada Singapura.
5.
Tanah
Rizab Melayu yang semakin meyusut. Tiga (3) juta hektar di seluruh Negara pada
tahun 1957 susut sehingga 1.7 juta hektar padan tahun 1955. Di Johor, Umno
menyerahkan 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat sehingga ke Tanjung Piai,
Pontian, untuk membina Bandar Baru Piai kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong engah, Pasir Gudang, Johor. Mereka
sudah tinggal di situ hamper 30 tahun.
6.
Kemana
perginya dana RM400 juta dalam Tabung Amanah Warisan?
7.
Penswastaan
Syarikat Air Johor (SAJ). Penswastaan SAJ telah menyebabkan tariff air Johor
menjadi termahal di Negara.
8.
39
bekalan peralatan bernilai RM55,360 telah ditempatkan atau di pasang di rumah
individu dan bukannya di premis-premis persatuan atau pertubuhan seperti yang
terkandung dalam Lopran Ketua Audit Negara 2011.
9.
Kesemua
syarikat subsidiari JCorp Hotel and Resort Sdn Bhd (JHRSB) dalam bidang
perhotelan dan pelancongan telah mengalami kerugian semasa antara RM0.39 juta
hingga RM10.16 juta dan menyebabkan kerugian terkumpul kesemua syarikat
tersebut meningkat antara RM6.99 juta hingga RM114.15 juta.
10.
Laporan
Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan sekolah Agama yang terpaksa menyewa di
bangunan rumah kedai yang sempit, tidak mempunyai peralatan keselamatan yang
mencukupi, infrastruktur dan peralatan sekolah yang uzur dan bilik darjah yang
sempit dengan bilangan murid yang ramai.
Johor
perlukan perubahan.
Johor
mesti diselamatkan dari Ghani Othman dan Umno/Barisan Nasional. – Anak Muda
Malaysia