P.140
Segamat (13th General Election on May 5, 2013)
46,262 (20,093/43.43% Malays;
21,393/46.24% Chinese; 4,641/10.03% Indians)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Meneruskan
Momentum Sempena Ulangtahun BERSIH 3.0
KL112 ... Kemuncak Bangkit Rakyak
Bersih
Pada
28 April tahun lalu, lebih daripada 250 ribu rakyat dengan semangat patriotik
dari seluruh pelusok negara dan rakyat Malaysia yang berada di merata bandar di
seluruh dunia telah bangkit menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 menuntut sebuah
pilihanraya yang bersih dan adil.
Himpunan
rakyat ini telah menyebabkan kerajaan UMNO-BN terpaksa menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menyiasat pengurusan pilihanraya
demi untuk sebuah negara Malaysia yang lebih baik. Namun seperti mana yang
telah kita sedia maklum bahawa inisiatif penambahbaikan itu tidak pun memenuhi
lapan tuntutan BERSIH sepenuhnya.
Dalam
Manifesto peringkat nasional, Pakatan Rakyat berjanji akan melaksanakan kesemua
LAPAN tuntutan BERSIH dalam masa 100 hari selepas diberi mandat oleh rakyat.
a) Kita
akan laksanakan Reformasi Pilihanraya
b) Kita
akan laksanakan pendaftaran pengundi secara otomatik
c) Kita
akan laksanakan pembersihan daftar pemilih
Kita akan
pastikan suara rakyat didengar dan tidak terpinggir serta segala prinsip
demokrasi akan diperkukuhkan.
Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada rakyat Malaysia dan
amat menghargai setiap pengundi yang sanggup pulang ke tanahair dari seluruh
pelusok dunia demi menunaikan tanggung jawab dalam Pilihanraya kali ini.
Sebenarnya,
anda telah pun memilih dengan menggunakan kaki, kini tiba masanya untuk anda
memilih dengan menggunakan tangan. Bersama-sama kami dan seluruh rakyat dalam
negara ini membuat PERUBAHAN ke arah yang lebih baik untuk semua demi masa
depan anak cucu kita agar mereka berasa bangga menjadi seorang anak Malaysia.
Saya
juga menggalakkan warganegara yang perihatin agar menasihatkan keluarga atau
sahabat mereka yang layak mengundi tetapi masih berada di luar negara dan belum
lagi membuat keputusan agar mereka turut sama menyertai proses pilihanraya yang
penting pada kali ini. Masih ada seminggu lagi masa untuk mereka menguruskan
segala keperluan untuk pulang mengundi.
Pulang
segera. Undi dulu. Raikan
kemudian...
KEBANGKITAN
28 April 2012 telah menjadi sejarah rakyat, namun saya yakin rakyat Malaysia
mampu sekali lagi mencipta sejarah pada 5 May ini...
INI KALI-LAH...
UBAH!!!
DATO’ CHUA JUI
MENG
Naib
Presiden dan PPN Johor Parti Keadilan Rakyat, calon Parlimen Segamat, Johor